Showing posts with label BM. Show all posts
Showing posts with label BM. Show all posts

Friday, November 8, 2013

Perhatian..


Definasi

Semasa rompakan, perompak bank berteriak kepada semua orang di bank: 

"Semua tiarap di lantai dan jangan melawan! Wang ini kepunyaan bank tapi nyawa anda adalah kepunyaan anda..."

Semua orang dalam bank pun ikut arahan perompak tanpa melawan dan senyap.

*Ini dipanggil "berfikir di luar kotak." - berfikir lain daripada yang lain!

Apabila seorang wanita bertiarap di atas meja dengan gaya yang menggoda, perompak menjerit kepadanya "Tolong bersopan! Ini adalah rompakan, bukan cubaan merogol!"

*Ini dipanggil sebagai "profesional." - Fokus hanya pada apa yang anda dilatih untuk melakukan!

Apabila perompak bank kembali ke rumah, perompak muda (kelulusan MBA) memberitahu kepada perompak yang lebih tua (lulus darjah 6 sahaja): "Taiko, mari kita kira berapa banyak duit kita dapat."

Perompak tua menyangkal dan berkata: "kau ni bodoh! Terdapat banyak wang, sampai bila baru kita habis kira ? Malam ni kita tonton berita di tv, pasti kita akan tahu jumlah rompakan dari berita tersebut."

*Ini dipanggil "pengalaman." - Kini, pengalaman adalah lebih penting daripada sijil kertas!

Selepas perompak telah beredar, pengurus bank itu mengarahkan penyelia bank untuk memanggil polis dengan cepat. Tetapi penyelia berkata kepadanya: "Tunggu Mari kita ambil $ 10 juta daripada bank untuk diri kita dan tambah kepada $ 70 juta yang kita sudah gelapkan dari bank!".

*Ini dipanggil "inovatif." - Menukar keadaan tidak menguntungkan untuk keuntungan anda!

Penyelia berkata: "alang kah baiknya jika rompakan berlaku setiap bulan. Dapat juga kita gelapkan duit"

*Ini dipanggil "berpandangan jauh." - merancang masa depan selangkah lebih awal!

Keesokan harinya, berita TV melaporkan bahawa $ 100 juta telah diambil dari bank. Perompak mengira, mengira dan mengira berulang kali, tetapi mereka hanya boleh mengira $ 20 juta.

Perompak sangat marah dan mengadu: "Cilaka! Kita mempertaruhkan nyawa kita dan hanya mendapat $ 20 juta tapi Pengurus bank pula mengambil $ 80 juta dengan hanya petikan jarinya, nampaknya lebih baik menjadi orang pintar daripada menjadi pencuri."

*Ini dipanggil "pengetahuan." - pengetahuan kunci kejayaan hidup!

Pengurus bank itu tersenyum dan gembira kerana kerugiannya dalam permainan pasaran saham kini sudah dilangsaikan oleh duit rompakan itu.

*Ini dipanggil "sambil menyelam minum air." - mempergunakan peluang yang ada untuk mencipta peluang yang lain!

Soalan : Siapa Perompak sebenar di sini ?

Monday, August 4, 2008

Lawatan ke Kandang Lembu

Saya dan isteri telah pergi melawat ke satu ladang lembu dan kami berhenti di setiap kandang tempat lembu lembu di biak.

Kami sampai di kandang pertama dan ada satu papan tanda yang di letakkan yang menyatakan, LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS.

Isteri saya secara jenaka mencuit saya dan dalam senyum berkata : 'Dia mengawan 50 kali tahun lepas.'


Kami kemudian pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut : ''LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS '

Sekali lagi isteri saya mencuit saya dan berkata :, 'WOW~~Itu dah lebih dari dua kali seminggu..........Abang boleh belajar banyak dari dia .'


Kami berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar yang menyatakan : 'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS'

Isteri saya menjadi girang dan mencuit saya dengan kuat dan berkata :
'Itu bermakna sekali setiap hari .... Abang MEMANG boleh belajar banyak dari lembu jantan ini " !!!

Saya pun pandang isteri saya dan berkata kepada nya,"
'Awak pergi tanya lembu jantan ini, selama 365 hari itu, adakah dengan LEMBU BETINA TUA YANG SAMA ??

Friday, November 30, 2007

Bush And Pak Lah

I got an SMS (a fictitious one I suppose) from a CIA agent who managed to pick up their conversations. Perhaps it would be of interest to us all. Of course the critical ones have to be dropped for security reasons.

As both leaders sat down at the posh Oval Office, Bush made the first move by asking Pak Lah: So how is Malaysia today?

Without much hesitation Pak Lah replied: That website is a pain in the ***. But I thought they were being funded by your people in the CIA, are you still funding them?

Bush frowned not knowing what the hell the PM was talking about, but when on to ask the next question:I am afraid I have not much time, as other leaders are waiting outside. Do you require any aid from us Mr Prime Minister?

Pak Lah smiled and confidently replied : AIDS in Malaysia is under control Mr President, we got rid of Mahathirs daughter as its head, now it OK. Please dont give us any more AIDS Mr President, please.

Bush scratched his head, not wanting to embarrass the PM he moved on : Southern Thailand is becoming very volatile a threat to peace and stability in your region. I m sure you are told of the incident in Haadyai.

Pak Lah happily replied: Oh yes Haadyai is a lovely place, heaven to some. They have lots of entertainment there. Massage parlours and .......

Immediately Bush cut him off and angrily shouted : I meant the bomb incident there Mr Prime Minister!

Pak Lah softly replied: It was not my son. Nuclear centrifuge they say was supplied by my son. No he is not into making bombs Mr President not him nor his company nor his associates.

Bush was so frustrated, and he asked: Have you got a hearing problem.

Mr Prime Minister Dollah nodded and said: I am waiting for the hearing.

Bush retorted: What hearing?

Dollah replied instantly: The one where Anwar is suing Mahathir for defamation.

With his patience almost gone Bush asked: Are you really in control Mr Prime Minsiter?

Hesitantly Pak lah replied: Yes I am with my son and son in law, we are all in control, which you dont have to worry Mr President.

To which Bush shouted: Next leader please!

Dollah stood up and shake the Presdients hand:Thank you so much for your time.

Later outside the Oval Office, TV3, Bernama, NST and all their spin doctors crowded around Dollah for a brief press conference.

A reporter questioned: How did the meeting go Pak Lah?

Pak Lah looked him in the eyes and said: Suatu perjumpaan yang sangat penting dan bermakna.

Wednesday, November 28, 2007

TNB dan LILIN??

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, "ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata "ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya. ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, "Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu. "APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab "ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut."APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu???"

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan "Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalu pegawai TNB tu pun beredar dari situ.Keesokkan harinya, selepas si Mahpus ini di beritahu oleh isterinya,dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yang berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si Mahpus naik berang. "APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap "kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya..........."

Si Mahpus mencelah "apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???"

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA...."